header
 
 
Khamis, 09 September 2010
 
 
SK Kg Jawa
Berita Semasa
Jadual Acara & Program
Galeri Foto
Buku Pelawat
Jadual Berita
Pentadbir
Pautan Web

logo_moe

Kementerian Pelajaran
Malaysia

ppd_ptn

Pejabat Pelajaran
Daerah Pontian

Mesyuarat Agung PIBG
Ditulis oleh alia nur insyirah   
Rabu, 23 April 2008
'Peralihan Kuasa' Yang Harmoni

Musyawarah dan Harmoni ; itulah yang dapat disimpulkan dari Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31 SKKJ yang berlangsung pada 22 Mac yang lalu. Mesyuarat yang dirasmikan oleh YB Datuk Tee Siew Kiong ini memperlihatkan kesatuan hati ibu bapa dan guru untuk saling membahu dan membantu bagi mencipta kejayaan anak-anak didik SKKJ.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Tee mengingatkan ibu bapa bahawa tugas dan peranan mendidik anak bukanlah terletak pada bahu para guru semata-mata sebaliknya ibu bapa mempunyai peranan lebih besar kerana pendidikan bermula di rumah. Beliau juga menggesa ibu bapa agar kerap berbincang dengan pihak sekolah jika timbul permasalahan berkaitan akademik dan disiplin anak mereka.

Sementara itu , Naib Yang Dipertua PIBG , Hj Iskandar  Molanah dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan sekolah sepanjang tahun 2007. Menurutnya,bagi sebuah sekolah dalam kategori SKM seperti SKKJ, kejayaan menempatkan diri dalam kelompok Top 5 UPSR 2007 merupakan satu kejayaan besar yang membanggakan. Seterusnya, beliau menyarankan ibu bapa agar prihatin terhadap pembelajaran anak-anak khususnya berkaitan kerja rumah yang diberikan pihak sekolah.

Kepada kepimpinan baru PIBG, sokongan dan komitmen anda amat dihargai.

 
< Sblmnya   Next >